Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Anggap Isu...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri...

AirAsia X Bawa 4.69...

KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd (AAX) membawa 4.69 juta penumpang dalam tahun...

2 Maut Ditembak, Aktif...

KOTA BHARU - Dua lelaki warga asing yang ditembak mati oleh polis malam...

Ancaman Bom: Polis, Tentera...

SPEKULASI dan khabar angin di laman sosial yang mendakwa beberapa lokasi dalam negara...

Anggota APM Lepas Dari Tuduhan Rogol

JOHOR BAHRU – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang didakwa merogol anak jirannya yang bawah umur, pada 2016 menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu terhadap Mohd Azwan Abidin, 24, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata mahkamah telah mendengar dan meneliti semua keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan dan justeru itu telah memutuskan agar tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Mendengar keputusan itu, Mohd Azwan yang memakai baju T berwarna merah dan seluar jeans biru dilihat tersenyum kegembiraan.

Pada Januari 2016, tertuduh mengaku tidak bersalah merogol anak jirannya itu yang ketika kejadian berusia 16 tahun di lorong belakang sebuah rumah di Jalan Sekolah, Kampung Majidee di sini antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat..


Sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula awal tahun lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafiuddin manakala tertuduh diwakili tiga peguam iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah, Ahmad Yusri Ahmad Fuad dan Mohd Safwan Saleh. – BERNAMA

Kategori