Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Pengecualian Terhadap 1MDB...

KUALA LUMPUR - Seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

PA Firma Guaman Dapat...

TUAH berpihak kepada seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman, Siti Nuraishah apabila...

DAP Yakin Masyarakat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin tiga juta ahli UMNO...

Wanita Dilamar Dengan Cincin...

KISAH percintaan seseorang boleh jadi indah dan unik jika dua insan yang dijodohkan bersama...

Anggota Geng Tebuk Warga Vietnam Diburu

KUALA TERENGGANU – Polis memandang serius kes jenayah pecah masuk dan tebuk peti besi di premis perniagaan melibatkan warganegara asing terutama Vietnam yang dilaporkan di beberapa negeri termasuk negeri ini sejak kebelakangan ini.

Ketua Jabatan SIasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner (ACP) Fazlisyam Abdul Majid berkata, pihaknya sedang mengadakan kerjasama dengan beberapa kontinjen negeri untuk menjejak mereka bagi membendung kejadian itu.

Beliau memberitahu, kes terbaharu berlaku di sebuah kedai perkakasan di Bandar Permaisuri, Setiu apabila tiga lelaki warga Vietnam berusia 27 hingga 37 tahun cuba memecah masuk premis berkenaan dalam kejadian awal pagi tadi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Setiu bergegas ke lokasi sebelum mendapati dua daripada penjenayah terbabit sedang mengumpil pintu belakang kedai berkenaan sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua penjenayah terbabit berjaya diberkas selepas berlaku

pergelutan manakala seorang lagi rakan mereka yang menunggu di dalam sebuah kereta sempat melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas beberapa barangan termasuk alat pemutar skru dan sarung tangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah itu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.


Fazlisyam berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kebanyakan kes pecah kedai dan tebuk peti besi melibatkan warga asing terutama Vietnam di beberapa buah negeri termasuk Terengganu.

Beliau percaya penjenayah asing itu yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan peralatan pembinaan turut membantu mereka melakukan perbuatan jenayah seumpama itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 / 511 Kanun Keseksaan dan kita sedang perhebatkan gerakan memburu seorang lagi rakan penjenayah warga Vietnam yang masih terlepas itu,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Kategori