Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Majlis Resepsi Yana...

MAJLIS resepsi aktres Yana Samsudin bersama pilihan hatinya, Fadzil Zahari selamat berlangsung dengan begitu...

15 Ogos Bicara Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan dua hari bermula 15 Ogos...

Bubar Kelab Peminat, Nad...

APABILA ditanya mengenai kelab peminatnya yang sudah dibubarkan, pelakon dan perniaga muda Nad...

Susun Strategi Tingkat Tahap...

MELAKA - Berdepan ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini, kerajaan negeri Melaka sentiasa...

Anggota Polis Peronda Pahang Bawa Pistol Pegun

KUANTAN – Anggota polis peronda di Pahang digesa membawa pistol pegun ketika bertugas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Beliau berkata ia melibatkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV).

“Pihak PDRM perlu meminimumkan risiko yang boleh mendatangkan kematian dan kecederaan ke atas suspek, orang tidak siuman, orang yang ganas serta merusuh atau cuba menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

“Pengunaan pistol pegun dapat membantu meminimakan risiko kecederaan kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Kursus Pengendalian Pistol Pengun Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Abdul Aziz Salleh.

Rosli berkata peruntukan mengikut Seksyen 15(2) Kanun Prosedur Jenayah memerlukan anggota yang melakukan tangkapan supaya bertindak dengan meminimakan risiko yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian ke atas suspek.


Seramai 23 peserta anggota MPV dan URB daripada seluruh Pahang telah menghadiri kursus mengendalikan Taser Gun ini selama tiga hari bermula 1 Ogos lepas.

Beliau menyifatkan kursus itu dapat meningkatkan kemahiran anggota selain memberi keyakinan dalam pengendalian senjata berkenaan. – BERNAMA

Kategori