Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Finland Iktiraf Harith Sempena...

SELEPAS setahun bergelar Funniest Person in The World tahun lalu, pelawak dan pelakon Harith...

Baling Bom Petrol, Tukang...

PETALING JAYA - Seorang tukang paip dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen...

Malaysia-Indonesia Bincang Isu Gaji...

KUALA LUMPUR - Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada...

Zionis Serbu Tebing Barat,...

BAITULMUQADDIS : Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing...

Angkasa Yakin Sasaran Berjaya Dicapai

KUALA LUMPUR – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin sasaran untuk membimbing 50 koperasi sekolah menjana pendapatan sehingga RM1 juta akan berjaya dicapai menjelang 2020.

Presiden Angkasa,Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga tahun lalu, sebanyak enam buah sekolah iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas Berhad, MRSM Kubang Pasu Berhad, Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, MRSM Taiping Berhad, MRSM Batu Pahat Berhad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota telah mencapai perolehan RM1 juta.

“Pada tahun ini pula kita jangka 10 buah koperasi sekolah berpotensi untuk mencapai perolehan RM1 juta.

“Pada masa ini koperasi-koperasi sekolah tersebut telah mencatatkan perolehan lebih RM700,000 dan kita yakin sasaran 50 buah koperasi sekolah menjana pendapatan RM1 juta akan berjaya dicapai menjelang 2020,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup anugerah kecemerlangan koperasi sekolah dan karnival koperasi SMK Taman Keramat di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Kategori