Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Wanita Jual Makanan...

Kota Bharu : Dua pekerja kedai makan ditahan selepas disyaki menjual makanan kepada...

Pegawai Penyiasat SPRM Dipenjara...

SHAH ALAM - Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman...

2 Lelaki Ditahan Larikan...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang bertindak melarikan seorang remaja perempuan di sebuah...

Koroner: Polis Salah Guna...

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan bahawa polis bukannya membalas tembakan untuk...

Annuar Nafi Laporan Astro Awani BN Digantung

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa beliau tidak pernah ditemuramah oleh saluran berita Astro Awani berhubung kedudukan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Astro Awani pagi ini melaporkan kononnya Annuar mengumumkan BN digantung sementara bagi menerokai kemungkinan menjalin kerjasama politik lain.

Berikutan itu, Annuar dalam satu kenyataan di Facebook menafikan laporan berita tersebut dan memberi peringatan kepada Astro Awani supaya tidak menulis mengenai kata-kata beliau jika tidak menemuramahnya.

“Astro Awani..saya minta jangan anda tulis sesuatu sedangkan anda TIDAK PUN MENEMURAMAH SAYA HAL BERKENAAN…BN TIDAK PERNAH DI GANTUNG SEPERTI YANG DI MAKSUDKAN…,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Astro Awani pagi ini melaporkan parti BN digantung sementara bagi menerokai kemungkinan menjalin kerjasama politik lain dengan memetik laporan sebuah portal berita.

Beberapa jam kemudian, Astro Awani melaporkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu sebenarnya telah disalah petik.


Annuar sebaliknya menjelaskan, cadangan “penggantungan sementara BN” itu hanya ketika pilihan raya kecil (PRK) Balakong bulan depan.

“Rakan kita dalam MCA mahu menggunakan logo sendiri pada PRK Balakong. Jadi, tidak salah untuk kita beri ‘exemption’ atau ‘gantung BN sementara’ bagi memberi laluan kepada MCA guna logo sendiri.

“Saya tidak kata BN akan digantung kerana tiada perbincangan tentang perkara ini pernah berlaku,” jelas Annuar. – MYNEWSHUB.TV

Kategori