Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tony Abbott Beri Amaran...

CANBERRA – Berjuta-juta rakyat Australia meluat berhubung tindakan pemerintah Indonesia yang berkeras mahu...

2 Lagi Mara Digital...

KUALA LUMPUR - Dua lagi pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital...

Covid-19: 3,300 Kes Baru,...

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,300 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara...

Terjerat Berasmara, Cemari Sambutan...

JOHOR BAHRU - Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir...

Aplikasi E-Hailing cALLme Diperkenalkan Di Klia Sept Ini

PUTRAJAYA – Perkhidmatan aplikasi cALLme, sebuah platform e-hailing, akan diperkenalkan untuk semua teksi lapangan terbang selewat-lewatnya bulan hadapan bagi memudahkan pemandu teksi mendapatkan pelanggan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata aplikasi cALLme itu akan dimulakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai fasa pertama, sebelum diperluaskan kepada teksi-teksi bandar di seluruh negara.

“Aplikasi teknologi ini akan menjadi salah satu pilihan kepada pengguna masa kini dan saya yakin platform moden ini akan memberikan nilai tambah baik kepada sistem teksi di dalam negara ini,”katanya.

Loke berkata demikian kepada media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) bagi menguruskan perkhidmatan aplikasi cALLme tersebut di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani antara Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Presiden Petekma Mohd Syahrir Abd Aziz.

Loke berkata cALLme akan memberi pilihan kepada penumpang untuk menggunakan teksi di lapangan terbang dengan kadar tambang ditetapkan seperti di wartakan oleh kerajaan tanpa sebarang caj tersembunyi seperti pembayaran tol.


Mengenai permintaan industri teksi berhubung penukaran warna atau wajah teksi, Loke berkata pihaknya mengambil sikap terbuka dengan pandangan serta cadangan pihak industri sama ada perlu ada kebebasan teksi-teksi tradisional berubah wajah

“Kereta swasta yang menggunakan perkhidmatan e-hailing bebas menggunakan warna atau jenis kereta asalkan tertakluk kepada syarat. Kalau itu kita boleh terima, sudah tentu kita boleh terima untuk teksi ini. Ia masih dalam pertimbangan dan belum ada kata putus,” katanya.

Mohd Syahrir dalam pada itu meminta Kementerian Pengangkutan mengeluarkan satu garis panduan berhubung kawalan harga siling untuk kadar tambang agar penawaran harga adalah munasabah dan kompetitif antara e-hailing cALLme dan Grab. – BERNAMA

Kategori