Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Permintaan Dadah Jenis Syabu...

SEREMBAN - Permintaan terhadap dadah sintetik atau syabu dalam kalangan anak peneroka Felda...

Kajian Dilakukan Untuk Bina...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk supaya sebuah kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan...

Peminjam Diberi 2 Pilihan...

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam...

DCA Akan Siasat Insiden...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat insiden pesawat 'mengundur' yang dikatakan...

APM Perak Terima Bot Amfibia Bagi Operasi Banjir

BATU KURAU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak menerima dua bot amfibia sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir di negeri itu hujung tahun ini.

Pemangku Pengarah APM Perak Leftenan Kolonel Zairil Anuar Zulmuji berkata dua bot tersebut diletakkan di daerah yang kerap dilanda banjir seperti Larut Matang dan Selama, Manjung dan Kerian.

“Kita amat memerlukan aset air bagi memastikan operasi menyelamat ketika banjir dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.

“Kita menjangkakan monsun timur laut dan fenomena air pasang akan berlaku dalan bulan Oktober hingga Disember yang boleh mengakibatkan banjir,” katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau gerak operasi ‘Exsetia’ membabitkan 15 cawangan APM di Changkat Larah dekat sini, hari ini.

Tambahnya, selain aset air pihak APM juga memerlukan sebuah lori, kenderaan pacuan empat roda dan ambulans Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS).

Mengenai ‘Exsetia’, Zairil Anuar berkata latihan yang membabitkan 150 anggota itu bertujuan untuk meningkat daya tahan anggota dalam menghadapi sebarang operasi terutama bencana banjir.


“Kita mahu menguji ketahanan anggota dan tingkatkan kemahiran bagi menjamin perkhidmatan disalurkan dengan baik dan rakyat berpuashati dengan perkhidmatan APM,” katanya.

Zairil Anuar berkata APM mempunyai 200,000 ahli di Perak, namun hanya 2,000 hingga 3,000 yang aktif dan tahun ini pihaknya menyasarkan seramai 12,000 ahli baharu. – BERNAMA

Kategori