Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Sesumpah Uber/GrabCar: MAHB...

PETALING JAYA - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak akan berdiam diri, sebaliknya...

2,493 Graduan UMP Terima...

KUANTAN - Sebanyak 2,493 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menerima ijazah dan...

Bintang Rock Chris Cornell...

VOKALIS kumpulan rock Soundgarden dan Audioslave, Chris Cornell, disahkan meninggal dunia pada malam Rabu lalu,...

Reflective Essay Topic Ideas

Writing an excellent composition can consequently be accomplished by planning properly. Equally essential...

Arab Saudi Benarkan Wanita Miliki Lesen Lumba

RIYADH – Selepas diberi kebenaran memandu kereta, wanita Arab Saudi kini berpeluang menunjukkan bakat di atas litar lumba.

Mengenakan topi keselamatan di dalam kereta sport sedan, Rana Almimoni memecut dan membuat drift sekitar taman di Riyadh, meninggalkan asap hitam di belakang keretanya.

Bagi wanita negara itu, adrenalin seumpama itu tidak dapat dibayangkan beberapa minggu lalu.

Pemandu wanita yang suka memandu laju bakal menikmatinya di Arab Saud, yang menamatkan larangan memandu ke atas wanita Jun lalu.

Almimoni, 30 dan peminat lumba kereta lain, mengatasi persepsi atau salah anggap seksis, yang cuma memandu warna yang popular dalam kalangan pemandu wanita.


“Saya suka memandu laju. Kereta impian saya adalah melebihi 500 kuasa kuda.

“Wanita Arab Saudi cuma memilih kereta merah jambu dan kecil adalah mitos semata-mata,” kata Almimoni, menutup pintu kereta Kia Stinger perak di taman Dirab di Riyadh.

Almimoni berkata, beliau menunggu keputusan kerajaan yang membenarkan wanita memiliki lesen berlumba, yang membolehkan beliau menyertai pertandingan permotoran yang diminatinya. — AFP

Kategori