Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ummi Nazeera Akui Sedang...

SETELAH sekian lama tidak terpalit dengan gosip cinta, pelakon cantik manis Ummi Nazeera...

Judi: 12 Ditahan, Rampasan...

NILAI - Seramai 12 individu ditahan dalam satu operasi banteras judi haram bersepadu...

Polis Sedang Buru Kumpulan...

PUTATAN - Polis telah mengenal pasti dan sedang memburu kumpulan suspek terlibat meletupkan...

Harga Minyak Tidak Diumum...

LARUT - Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang...

ASEAN Mampu Langkah Jauh Melalui Integrasi Ekonomi

SINGAPURA – Intergrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota ASEAN adalah satu di antara dua bidang khusus yang boleh dipertingkatkan lagi, kata Pengerusi ASEAN, Singapura.

“Sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan,yang menyokong pertumbuhan dan kemakmuran ASEAN, kini berdepan tekanan,” kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada majlis pembukaan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Expo Singapura di sini Rabu.

Malaysia diwakili Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdulllah.

“Adalah penting untuk ASEAN terus menyokong sistem perdagangan pelbagai hala dan bekerja dengan rakan-rakan yang berfikiran sama bagi mengalakkan lagi kerjasama,” tambahnya.

Pengerusi turut memuji usaha ASEAN menyiapkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang akhir tahun dan bekerja dengan EU untuk Perjanjian Pengangkutan Udara Komprehensif (CATA) ASEAN-EU.

“Apabila ditubuhkan, RCEP dan Asean-EU CATA akan menjadi isyarat jelas komitmen ASEAN untuk liberalisasi perdagangan dan integrasi ekonomi,” kata Lee.

RCEP merangkumi ASEAN dan enam rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) – Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand – manakala CATA ASEAN-EU adalah perjanjian penerbangan substantif pertama antara dua kumpulan serantau utama.

Kata Lee, integrasi ekonomi adalah satu daripada tiga tonggak Komuniti ASEAN dan merupakan kumpulan ekonomi yang lebih berjaya di dunia.

Di samping integrasi ekonomi, menurutnya ASEAN juga perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi untuk menjadikannya lebih saling berkait rapat.


“Revolusi perindustrian keempat kini di hadapan kita. ASEAN perlu bergerak seiring dengan inovasi, membina rangkaian digital dan senantiasa bersedia untuk masa depan,” kata Lee.

Lee berkata, bagi memacu integrasi ekonomi serantau dan penggunaan teknologi, Singapura akan meningkatkan sokongannya untuk Inisiatif bagi Integrasi ASEAN (IAI).

Beliau mengumumkan bahawa Singapura akan menaik taraf pusatnya di Vietnam, Kemboja dan Laos menjadi Pusat Kerjasama Singapura.

“Pusat baharu itu akan memperluaskan pelbagai bantuan teknikal, di samping menawarkan modaliti baharu yang lebih daripda sekadar latihan di dalam kelas.

“Singapura berharap untuk berkongsi pengalamannya serta belajar daripada negara jiran dan rakan kongsi,” katanya. – BERNAMA

Kategori