Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Puteri Sarah Tutup Butik...

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana boleh...

Cadangan Isu Kuil Sudah...

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, cadangan untuk menyelesaikan isu...

KDN Kenal Pasti Kaedah...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk...

Pameran Fotografi Pamer Budaya,...

IPOH - Pameran fotografi yang mempamerkan 'The Chola Temples' dan persekitaran kehidupan di...

Atlet ASIAD Sambut Hari Kebangsaan Di Indonesia

PALEMBANG – Ketika rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di tanah air, para atlet negara yang berjuang di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Kira-kira 40 atlet, pegawai dan jurulatih daripada kontinjen negara yang beraksi di kluster Palembang, sempat menyambut detik ulang tahun ke-61 Hari Kebangsaan tepat pada jam 12 tengah malam waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) di sini.

Lengkap berpakaian seragam harimau, mereka menggegarkan Perkampungan Atlet di Bandar Sukan Jakabaring di sini dengan nyanyian Negara Ku sambil menaikkan Jalur Gemilang.

Ini disusuli dengan timbalan ketua kontinjen (Palembang) Datuk Dr SS Cheema mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tiga kali sebelum memotong kek.

Beberapa sukarelawan yang bertugas di kawasan itu, turut menyertai sambutan itu.


Setakat Khamis, kontinjen Malaysia menduduki di tempat ke-13 selepas meraih lima pingat emas, 11 perak dan sembilan gangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • atlet

Kategori