Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pemimpin DAP Hasut Orang...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan...

TH Sentiasa Utamakan Aspek...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) sentiasa memberi penekanan terhadap keselesaan dan kebajikan para...

Siasatan Isu Tanam Kepak...

KUCHING - Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi...

TNB Nafi Banjir Disebabkan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan banjir besar yang berlaku di...

ATM Patahkan Cubaan Seludup 157 Kg Daun Ketum

PADANG TERAP – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 157 kilogram daun ketum bernilai lebih RM14,000 ke negara jiran berhampiran Pos Sahara dekat sini pagi tadi.

Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata rampasan dilakukan Kumpulan Ronda daripada Rejimen Sempadan (4RS) yang menemui 16 bungkusan plastik hitam dalam kawasan semak.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, 157 kilogram daun ketum ditemui dalam 16 bungkusan tersebut dan ia diikat dan dibalut dengan plastik lutsinar untuk diseludup ke negara jiran kerana mendapat permintaan tinggi.

“Kita percaya bungkusan daun ketum ini diletakkan dalam semak tersebut pada awal pagi sebelum ada pihak ketiga datang mengambil dan berperanan menyeludup keluar ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua daun ketum itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori