Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Lebih 2,600 Insiden Siber...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,674 insiden siber dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber...

Shahrom Lepasi Jarak Dua...

KUALA LUMPUR - Penjelajah tunggal negara, Shahrom Abdullah sudah melepasi jarak dua pertiga...

Najib, MB Johor Mengadap...

JOHOR BAHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadap...

400,000 Gelen Radioaktif Bocor...

WASHINGTON: Pengawal selia Minnesota kini memantau operasi pembersihan kebocoran 400,000 gelen atau 1.5...

ATM Rampas Daun Ketum Hampir RM55,000 Pada Lori

PADANG TERAP – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya membongkar sindiket penyeludupan daun ketum ke negara jiran yang menggunakan lori yang diubahsuai berhampiran sempadan Malaysia-Thailand pada 3.30 pagi hari ini.

Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, operasi dijalankan oleh Pasukan 4 Rejimen Sempadan (4RS) berhampiran Pos Sahara di sini sebelum merampas 609 kilogram ketum bernilai hampir RM55,000 yang cuba diseludup ke negara jiran.

Terdahulu, pasukan berkenaan melakukan tugas rondaan di sekitar Pos Sahara sebelum terserempak dengan beberapa orang yang tidak dikenali sedang memuatkan barangan ke atas sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan itu curiga dengan kumpulan lelaki berkenaan sebelum menghampiri mereka untuk membuat pemeriksaan, namun kerana terkejut dengan kehadiran pasukan keselamatan mereka terus melarikan diri ke dalam hutan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian muatan lori itu menemui sejumlah bungkusan plastik lutsinar yang berisi daun ketum yang telah diikat rapi dan disusun berbaris-baris di bawah lantai lori yang telah diubahsui dan ditutup menggunakan papan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Aziz berkata, ini adalah rampasan pertama membabitkan sebuah lori yang diubahsuai tahun ini dan menunjukkan bahawa aktiviti penyeludupan daun ketum di sempadan tetap dilakukan dengan pelbagai cara ekoran mendapat permintaan dan harga yang tinggi di negara jiran.


“Sebelum ini kita kesan taktik mereka menjadikan kawasan semak atau hutan sebagai transit sebelum diambil oleh orang ketiga untuk diseludup,” katanya.

Kesemua daun ketum dan lori tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori