Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mangkuk Cendol Bernilai RM900,000...

KUALA LUMPUR - Polis menggagalkan cubaan menyeludup 6.2 kilogram dadah disyaki ketamin ke...

LG G3 dan LG...

LG membuat kemunculan mengejut apabila ia memasuki semula pasaran Malaysia, membawa bersamanya LG...

Pakar Bank Sahkan Dokumen...

TERBONGKAR akhirnya dokumen bank yang disiarkan Wall Street Journal kononnya sebagai akaun peribadi...

Lima Sebab Kenapa Pilihan...

1. Menstabilkan Semula EkonomiFaktor sebuah kerajaan dengan mandat rakyat adalah antara keutamaan pelabur...

Australia Tukar Lagi PM Buat Kali Ke-30

CANBERRA – Rakyat Australia sekali lagi menyaksikan perubahan kepimpinan negara apabila dapat perdana menteri yang baharu buat kali ke-30 dan digantikan hanya dalam tempoh tiga tahun.

Bendahari Kerajaan Persekutuan, Scott Morrison akan menjadi ketua kerajaan baharu Australia selepas memenangi pertandingan tiga penjuru bagi menerajui tampuk kepimpinan parti pemerintah, Liberal di sini pada Jumaat.

Kemenangan bersejarah tersebut disahkan setelah penyandang jawatan iaitu perdana menteri sebelumnya, Malcolm Turnbull membuat kejutan apabila mengumumkan untuk tidak mahu bertanding dalam pemilihan parti berkenaan.

Ketiga-tiga pesaing jawatan itu terdiri daripada mantan menteri hal ehwal dalam negeri, Peter Dutton, yang kalah tipis kepada Turnbull dalam pemilihan pada Selasa lalu, selain Menteri Luar, Julie Bishop dan Morrison, 50, sendiri.

Media tempatan melaporkan bahawa Morrison yang dianggap sebagai sekutu pemimpin disingkirkan, Turnbull, berjaya memperoleh 45 undi. Bishop, seorang lagi penyokong Turnbull, sudah tersingkir pada pusingan pertama.

Parti Liberal merupakan parti utama dalam pakatan konservatif negara tersebut yang akan keluar bertanding pada pilihan raya umum kebangsaan dijadualkan perlu berlangsung paling lewat sekitar Mei 2019 depan.


Pemerintah Liberal-Nasional secara konsisten kerap dibayangi Parti Buruh dalam tinjauan pendapat awam. Jika Turnbull meletak jawatan daripada parlimen, maka pemerintah baru akan berdepan dengan satu pilihan raya kecil.

Ia melibatkan satu kerusi parlimen beliau di Wenworth, Sydney, New South Wales dan ini mungkin mengakibatkan parti tersebut hilang kelebihan satu kerusi dalam parlimen kepada calon pembangkang yang semakin kuat.

Turnbull dalam pada itu memberitahu pihak media pada Khamis, beliau percaya adalah lebih baik untuk mantan perdana menteri berundur daripada parlimen sebagai memikul kekalahan ditolak ahli-ahli partinya sendiri.

Ia merujuk senario kepimpinan Turnbull sendiri dicabar sebanyak dua kali pada minggu lalu. Beliau sebelum itu menggantikan Tony Abbott yang berkhidmat hanya dari tahun 2013 sehingga 2015. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori