Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dipukul Kerana Berdengkur Terlalu...

YAN’AN (China) - Seorang pelajar retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepas dipukul...

PAPSMA Tolak Monopoli Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) lega apabila kerajaan...

Najib Tiba Di London...

LONDON – Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Ahad untuk lawatan...

Wanita Jual Smoothies Yang...

SEORANG wanita dari England, Kathryn Beale telah menjalankan perniagaan menjual kapsul dan minuman...

Awas Pencuri Dalam Pesawat

KUALA LUMPUR – Berhati-hati apabila menaiki pesawat kerana barang peribadi dalam beg anda mungkin dicuri manakala barang terlarang diletakkan dalam beg anda.

Pengalaman ini dilalui seorang penumpang bersama rakannya yang berjaya mencekup seorang lelaki yang dipercayai ahli sindiket mencuri barangan peribadi dalam pesawat.

Faiz Mokhtar berkongsi detik kejadian menerusi status di laman Facebooknya pada jam 11.25 pagi semalam serta memuat naik beberapa keping gambar dan video.

Dalam statusnya, Faiz memaklumkan ia berlaku Rabu lalu dalam penerbangan MH0751 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam.

Faiz berkata, perbuatan lelaki yang dipercayai ahli sindiket mencuri barang peribadi milik penumpang itu disedari rakannya apabila suspek mengambil begnya yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

“Rakan saya meminta saya memeriksa beg dan saya dapati beg itu tiada di situ. Saya terus pergi ke tempat duduk lelaki itu di baris keempat dan melihat dia sedang menyelongkar beg saya sambil memegang beberapa mata wang asing. Saya pasti duit itu milik saya dan terus bersemuka dengannya bersama beberapa rakan lain,” katanya.

Faiz berkata, dia terus memeriksa begnya kerana khuatir lelaki itu meletakkan barang terlarang.

“Pada waktu itu, perkara paling penting saya fikirkan adalah dokumen perjalanan termasuk pasport yang disimpan dalam beg itu. Saya juga risau jika lelaki itu menyelitkan barangan terlarang dalam beg saya,” katanya.

Faiz berkata, perbuatan lelaki itu dimaklumkan kepada kru penerbangan yang kemudian membuat panggilan bantuan kepada pihak keselamatan lapangan terbang dan polis.


Katanya, penerbangan tertunda apabila juruterbang mengisytiharkan tidak selamat sehinggalah lelaki itu dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamatan lapangan terbang dan polis.

“Kru penerbangan juga ada memaklumkan kewujudan sindiket beroperasi di China, Hong Kong dan Vietnam yang menjalankan kegiatan mencuri barang peribadi penumpang di atas pesawat.

“Lelaki yang ditahan itu terbang dari Hong Kong dan ke Kuala Lumpur dengan tiket perjalanan sehala,” katanya.

Beliau berkata, sindiket berkenaan berani menjalankan kegiatan dalam pesawat kerana tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan kegiatan mereka selain konflik perundangan kerana kejadian berlaku di kawasan lapangan terbang yang dianggap zon antarabangsa.

Sementara itu, MAS, dalam kenyataan hari ini, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kru penerbangan pesawat berkenaan turut membuat laporan polis kepada pihak berkuasa Vietnam.

Menurut kenyataan itu, kru MAS dilatih untuk berdepan situasi sedemikian bagi memastikan keselamatan penumpang serta pesawat selain memastikan penumpang mendapatkan layanan terbaik sepanjang perjalanan.

“MAS ingin mengingatkan penumpang agar memastikan barang berharga serta dokumen penting sentiasa berada dalam pengawasan masing-masing dan tidak diletakkan secara berasingan,” katanya. – BH Online

Kategori