Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Diminta Patuhi Arahan...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang telah bersiap...

P.Pinang Akan Terus Benarkan...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan...

Peniaga Warga Pakistan Dipenjara...

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga karpet dan tekstil warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara...

Muhyiddin Melahirkan Rasa Kesal...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa...

Ayah Maut Depan Mata

KANOWIT – Pilu hati seorang anak melihat ayahnya maut di depan mata selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh papan tanda di Jalan Rumah Panjang Garing, di sini, petang semalam.

Kemalangan jam 2.05 petang itu menyebabkan Julin Limbang, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anak lelakinya berusia 12 tahun patah jari kaki dan cedera buku lali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata siasatan awal mendapati dua beranak itu dalam perjalanan dari Julau menuju ke Rumah Panjang Ramau Sungai Maong.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal SYM Bonus yang ditunggangi Julin tiba-tiba terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh papan tanda.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa dan anaknya tercampak. Pengguna jalan raya kebetulan melalui kawasan berkenaan memberi bantuan awal sebelum menghubungi polis dan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pegawai perubatan dari Hospital Kanowit mengesahkan Julin maut di lokasi kejadian.


Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kanowit untuk bedah siasat manakala anaknya menerima rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga selepas selesai bedah siasat,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori