Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penuntut Wanita Warga Mongolia...

SEORANG penuntut wanita warga Mongolia yang maut selepas terjatuh dari bangunan didiaminya bersama...

Kelab Free Read Sandakan...

SANDAKAN - Sekumpulan anak muda mengambil insiatif menubuhkan kelab ‘Free Read’ bagi memupuk...

Tanah Mendap Di Cheras,...

KUALA LUMPUR – Penduduk Flat Midah Ria, Taman Midah Cheras, di sini cemas...

Sri Lanka Beri Kuasa...

COLOMBO: Sri Lanka memberi kuasa darurat kepada pihak tentera dan polis bagi menahan...

Azharina Tauke Kepak Ayam Bakar

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina teruja perniagaan kepak ayam bakar yang diusahakannya di Puchong, Selangor, mendapat sambutan hangat.

Azharina berkata, pada mulanya, dia dan pembantu peribadi, Ani hanya mahu mencuba dan suka-suka membuka perniagaan itu, minggu lalu.

“Saya tidak sangka sambutan sangat baik, bayangkan dalam masa dua jam habis semua yang kami jual apabila diserbu peminat.

“Saya dan Ani gembira dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini walaupun sebenarnya sangat memenatkan,” katanya kepada BH Online.

Azharina membuka gerai kepak ayam bakar di sebuah restoran di Puchong sejak seminggu lalu. Selain juadah itu, mereka turut menyajikan satay.

Bercerita lanjut juadah yang dijual, Azharina berkata, semua makanan itu berteraskan resipi asli dari Sabah iaitu negeri kelahirannya.

“Ini memang air tangan saya dan Ani. Buat masa ini, hanya kami berdua yang menyediakan ramuan dari awal hingga akhir.

“Saya sedang mencari pekerja untuk membantu selain merancang membuka beberapa cawangan,” katanya.


Azharina yang muncul dengan single Cinta Terbagi Dua, awal tahun ini memberitahu, dia bakal tampil dengan sebuah lagi single berjudul Lakar Janji.

Menurutnya, lagu itu menjadi antara dendangan paling mencabar buat dirinya sejak 18 tahun bergelar penyanyi.

“Bagaimanapun, kita masih dalam peringkat awal rakaman, ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat. Saya juga akan menerbitkan klip video, kalau boleh, ia akan dilancarkan akhir tahun ini,” katanya. – BH Online

 

Kategori