Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRN Melaka Permulaan, PRU15...

Kita sederap bersama menuju kejayaan dalam PRU-15

Bajet 2018 Khabar Gembira...

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) menyambut baik pelepasan Cukai Barang...

114 Operasi Sanitasi Awam...

SEBANYAK 114 operasi sanitasi awam dilakukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

Bursa Malaysia Dibuka Dalam...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, meneruskan momentum meningkatnya,...

Azmin Disindir Cuma Fokus Isu Coli, Seluar Dalam Wanita

SINIS… Datuk Seri Najib Tun Razak persoal kecenderungan ‘istimewa’ Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap syarikat dalam talian yang jual pakaian dalam wanita.

Beliau turut ‘sindir’ kenyataan Timbalan Presiden PKR itu lebih menjadikan isu kerugian berjumlah RM80 juta dalam syarikat tersebut sebagai contoh polisi pelaburan Khazanah Nasional Berhad yang konon telah menyimpang.

Walhal ujar Najib, Mohamed Azmin tidak pula merujuk kepada hasil perolehan berjumlah RM6 bilion berjaya diraih Khazanah daripada pelaburan dalam syarikat e-dagang terkemuka antarabangsa, Alibaba yang lebih besar nilainya.

“Pada ketika ini, pelaburan dalam syarikat dalam talian di India itu masih lagi beroperasi dan ia juga adalah peneraju pasaran bagi segmen berkenaan di negara terseut serta terus memperkembangkan perniagaan mereka.

“Kerugian’ Khazanah dalam pelaburan ini belum boleh dipastikan lagi. Perniagaan dalam talian biasanya akan mengalami kerugian pada peringkat permulaan namun tidak boleh disangkal, ia mungkin akan raih perolehan.

“Malah boleh catat laba lebih besar pada masa akan datang,” kata bekas perdana menteri dan mantan menteri kewangan tersebut dipetik media antarabangsa menerusi catatan dalam akaun sosial Facebook beliau semalam.

Baca: Azman Jawab Azmin Isu Khazanah Rugi

Juga: Ada Aset RM157 Bilion, Bukan Rugi RM80 Juta

Dan: Sindir PM Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah

Kelmarin Mohamed Azmin ketika sesi penggulungan usul junjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat memberitahu beberapa polisi pelaburan Khazanah telah menyimpang dan perlu diperbetul.


Azmin yang dilantik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengarah Khazanah dilapor menjadikan isu pelaburan hampir RM80 juta melalui syarikat ‘online’ yang jual coli dan seluar dalam wanita itu sebagai contoh.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, hakikatnya Khazanah telah menunjukkan prestasi baik dengan meningkatkan nilai aset daripada hanya RM33 bilion kepada RM134.5 bilion ketika tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.

“Keuntungan Khazanah yang tidak disebut inilah akan diguna sebagai salah satu sumber untuk biayai pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Menteri Kewangan baru-baru ini,” jelas beliau.

Isu Khazanah dapat liputan luas seluruh dunia apabila Tan Sri Azman Mokhtar dan beberapa pengarahnya diarah letak jawatan akhir bulan yang didakwa akibat tekanan kuat kerajaan Pakatan Harapan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori