ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri berminat untuk membawa masuk pelabur dari Ukraine untuk terlibat dalam sektor pertanian dan teknologi maklumat (IT).
Menteri Besarnya Datuk Osman Sapian berkata ini disebabkan Ukraine adalah negara yang mempunyai teknologi moden dalam bidang pertanian, justeru menjadikan ia sebagai pilihan untuk dicontohi.
āSelama ini kita mengalu-galukan kedatangan pelabur asing tetapi kali ini, kita berharap kerajaan Ukraine akan melihat potensi perdagangan dan pelaburan yang boleh dibuat serta dibawa ke Johor.
āā¦mungkin dari segi IT dan pertanian yang boleh dilakukan secara ājoint ventureā (usahasama) melalui GLC kita kerana Johor mempunyai begitu banyak tanah terutama di sebelah utara untuk dimajukan, namun tidak semestinya berkenaan kelapa sawit sahaja,ā katanya.
Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo di pejabatnya di Bangunan Datoā Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini, hari ini.
Osman berkata menerusi pelaburan daripada Ukraine, kedua-dua pihak mungkin boleh meneroka penanaman bawang dan halia secara komersil di beberapa kawasan yang dikenal pasti, antaranya di Segamat, Kluang, Ayer Hitam (Batu Pahat) dan Mersing.
Di Ayer Hitam, beliau berkata pihaknya berkemungkinan menggunakan tapak Pusat Pertanian Moden sedia ada untuk dijadikan platform penerokaan tersebut.
āSaya fikirkan ia boleh dijayakan kerana kita selama ini masih banyak mengimport bawang dan halia dari negara mereka, sedangkan dia kata kita ada tanah yang sesuai untuk tanaman secara komersil,ā katanya.
Sementara itu, Nechytaylo berkata sektor pertanian dan IT di Ukraine sangat kukuh, justeru pihaknya sedia membantu ahli perniagaan yang ingin memanfaatkannya.
āSeperti yang diketahui, kedudukan Johor sangat sesuai dari segi logistiknya. Menerusi beberapa inisiatif yang disediakan kerajaan negeri, saya pasti kami dapat membawa sesuatu ke sini, bukan setakat pelaburan tetapi juga berkongsi pengetahuan,ā katanya. – BERNAMA