Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPJ Sasar 1 Juta...

TAIPING - Sebanyak 1 juta belia disasar menganggotai sukarelawan Skuad Muda 1 Jabatan...

Anak Pengurus Perniagaan, Proksi...

PUTRAJAYA - Anak lelaki kepada pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu...

Kedah Pastikan Bekalan Air...

LANGKAWI - Kerajaan negeri mengambil beberapa langkah pembaharuan teknikal untuk memastikan bekalan air...

Liverpool Terima Kejutan Tewas...

LONDON - Liverpool menerima kejutan apabila tewas kepada West Ham 3-1 di laman...

Bangkai Gergasi Misteri Berbulu Terdampar Di Pantai

ANEH… Seekor gergasi laut misteri dan berbulu ditemukan terdampar di pesisir pantai di timur Rusia dan ia membuatkan penduduk setempat gempar.

Bangkai yang berbau busuk itu kelihatan mempunyai ekor dan rambut berbentuk tiub.

Gergasi berwarna kelabu itu dilaporkan bersaiz lebih besar daripada tiga lelaki dan tidak mempunyai kepala atau mata yang boleh dilihat.

Penduduk tempatan membuat spekulasi bahawa ia adalah peninggalan purba pelik atau raksasa berbulu yang sudah pupus, dibebaskan dari kubur ibun abadi bawah laut disebabkan oleh musim panas yang sangat hangat.

Namun, saintis marin berkata ia mungkin sebahagian daripada ikan paus.

Mirror UK yang memetik laporan The Siberian Times, gergasi itu terlalu berat untuk dipindahkan oleh penduduk tempatan selepas ia ditemukan di pesisir pantai Pasifik di semenanjung Kamchatka, dekat kawasan pedalaman perkampungan Pakhachi.

Penduduk tempatan gagal mengenal pasti makhluk aneh itu dan mereka merayu agar saintis menamakan objek tersebut sebagai ‘baffling behemoth’ yang ditemui di pantai.


Satu teori yang boleh digunakan mungkin gergasi itu adalah globster iaitu perkataan yang diperkenalkan pada 1962 untuk menggambarkan bangkai misteri yang terdampar di Tasmania.

Globster mungkin kelihatan seperti sotong gergasi, tapi kebiasaannya ia tidak berbulu.

Ramai yang mempercayai ia adalah bahagian badan atau sesuatu yang dikeluarkan oleh ikan paus atau jerung atau hidupan laut lain yang mereput dan akhirnya berubah menjadi bentuk aneh. – mStar Online

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori