Tuesday, December 3, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Doakan Calon SPM...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap para pelajar...

IS: Hishammuddin Sahkan 5...

KOTA BHARU - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa lima...

TMJ Dakwa Terima Laporan...

KUALA LUMPUR - "Saya mempunyai satu unit pasukan khas dari kontinjen polis Johor...

Petronas Turunkan Unjuran Harga...

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menetapkan harga minyak mentah Brent yang...

Bantah Cadangan Kerajaan Wujudkan Kemudahan Untuk LGBT

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Selangor membantah cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan ekosistem dan kemudahan yang boleh menggalakkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Ketuanya, Datuk Rosni Sohar berkata, cadangan itu bakal mempamer gaya hidup LGBT secara terbuka yang bertentangan dengan kehendak agama Islam yang menjadi agama persekutuan di negara ini.

“Kerajaan mesti lebih sensitif dalam menyediakan ekosistem kemudahan untuk semua lapisan masyarakat bukan hanya kepada satu golongan tertentu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosni berkata, pihaknya menyokong kenyataan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad bahawa golongan LGBT mesti dibantu untuk menyelesaikan isu kekeliruan identiti yang mereka hadapi melalui pendekatan spritual dan perubatan.

Pada masa sama, katanya, sokongan dari semua pihak adalah penting untuk memastikan usaha golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah berjaya dilakukan dan dipermudahkan.

Justeru, katanya, Wanita UMNO Selangor merasakan kerajaan PH telah tersasar dalam fokus mereka yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Katanya, kerajaan PH kabur dalam menuruti tekanan pihak tertentu dengan pendekatan populis demi meredakan kemarahan dan kegelisahan rakyat terhadap ketidakmampuan menunaikan janji-janji pilihan raya.


Tambah beliau, sebagai solidariti, Wanita UMNO Selangor menyatakan sokongan terhadap Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang menyuarakan pendirian dan pendapat beliau berkenaan status layanan tanpa diskriminasi terhadap golongan LGBT.

Kata beliau, Wanita UMNO Selangor meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak menghukum dengan mengenakan tindakan tatatertib ke atas tindakan beliau kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara apatah lagi tindakan Ilyani tidak melanggar mana-mana undang-undang.

“Wanita UMNO Selangor mendesak Pakatan Harapan untuk menyelesaikan isu berkaitan LGBT ini sengan segera dan tegas supaya kegusaran rakyat dapat diredakan terutamanya dikalangan keluarga Islam yang menolak perlakuan LGBT secara terbuka,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • LGBT

Kategori