Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dalang Operator ‘Pusat Panggilan’

PUTRAJAYA - Disyaki menjadi dalang yang menguruskan kemasukan beribu warga China ke negara...

Ali Al Habshee Beri...

Petikan ini kami ambil dari blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com/JANGAN biadap dan tolong hormat kontrak sosial...

Bos Supermax Stanley Mohon...

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp. Bhd., Datuk Seri Stanley Thai...

Awasi Pergerakan Jari Pada...

KUALA TERENGGANU - Pengendali senjata api dinasihat agar lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan...

Bantahan Terhadap Indonesia, AFF Belum Beri Maklum Balas

KUALA LUMPUR – Belum ada keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berkenaan bantahan rasmi Malaysia mengenai isu penyokong Indonesia menghina pasukan negara pada Kejuaraan AFF Bawah 16 Tahun (B-16) di Surabaya, Indonesia 30 Julai lepas.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bantahan rasmi FAM mengenai perkara berkenaan telah disuarakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada AFF, namun ia masih disiasat AFF.

“Maklum balas akan diberikan kepada FAM (mengenai bantahan) dan disalurkan kemudian kepada kementerian.

“Bab bola sepak kalau ada bantahan rasmi perlu diketengahkan persatuan sendiri, dari segi kementerian, kami dah sarankan FAM untuk bertegas supaya bantahan rasmi dilakukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu status terkini mengenai bantahan berkenaan.

Dalam aksi sulung barisan muda negara 30 Julai lepas yang menyaksikan pasukan negara tewas 1-2 kepada Thailand, segelintir penyokong Indonesia bertindak menghina pasukan negara dengan sorakan ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’ ketika perlawanan sedang berlangsung.

Beberapa minggu sebelumnya, skuad B-19 negara turut dibaling objek dan dicemuh selepas menang ke atas Indonesia.

Mengenai isu keselamatan kontinjen negara sepanjang tempoh Sukan Asia yang akan berlangsung daripada 18 Ogos sehingga 2 Sept ini di Palembang dan Jakarta, Indonesia, Syed Saddiq memaklumkan antara lain satu Standard Operasi Prosedur (SOP) keselamatan telah disediakan susulan pertemuan kementerian bersama Majlis Sukan Negara dan Polis Diraja Malaysia.


Beliau berkata satu pusat sehenti akan diwujudkan di venue temasya sukan terbesar Asia itu dengan kerjasama Pegawai Penyelaras Keselamatan disediakan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selain bekerjasama rapat dengan sekretariat kontinjen bagi isu keselamatan.

“Pendirian kementerian dalam tangani provokasi yang mungkin timbul yang boleh rendahkan maruah negara dalam konteks sukan adalah berpandukan prosedur dan peraturan sukan antarabangsa.

“Dalam mana-mana peraturan sukan antarabangsa sedia ada, prosedur dipertanggungjawab kepada penganjur dalam aspek provokasi,” katanya.

Kontinjen Malaysia dengan 426 atlet daripada 35 jenis sukan akan turut disertai 190 pegawai termasuk jurulatih dalam temasya sukan berkenaan. – BERNAMA

Kategori