Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Orang Asli Bantah Pengusaha...

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di Kampung Sendrop, Lojing di sini, membantah...

Persiapan Untuk Mati Di...

Tokyo - Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.Tetapi di Jepun,...

UMNO Bukan Milik Individu,...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan rakyat dan ahli...

Mavcom Patut Dikekalkan –...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan...

Banyak Lagi Insentif Rakyat Di Selangor Bakal Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Lebih banyak insentif rakyat akan ditarik balik dan pelbagai langkah yang membebankan rakyat akan dilaksanakan pada masa hadapan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehingga kini, pelbagai alasan diberi oleh kerajaan negeri mengenai pelbagai janji pilihan raya mereka yang tidak dapat ditepati.

Sedangkan, kata Ahli Parlimen Pekan itu, itulah asas yang mendorong pengundi memilih mereka dan kini telah diperdaya.

“Justeru, rakyat di Sungai Kandis dan Selangor memerlukan pembangkang yang kuat dan seorang wakil rakyat yang berani bersuara dalam memastikan suara rakyat didengari dan hak rakyat mengikut Perlembagaan terus dipertahankan.

“Ia juga sebagai suara kepada rakyat untuk menuntut segala janji yang dibuat,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori