Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Senoi Praaq Bantu Ops...

GUA MUSANG – Seramai 21 anggota Senoi Praaq, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am...

Imigresen Kedah Tahan 10...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

SPRM Digesa Siasat Beli...

KOTA KINABALU - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru didaftarkan, Gerakan Anti...

KFA Sila Bayar Cukai...

TERKEJUT penulis baca kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar...

Bapa Cederakan Anak Kandung Didenda RM5,000

PETALING JAYA – Akibat mencederakan anak kandungnya menggunakan sebilah gunting, seorang penganggur didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap bapa berumur 44 tahun itu selepas dia mengaku bersalah menggunakan sebilah gunting untuk mencederakan anak lelakinya yang berusia 10 tahun di bahagian belakang badan dan tangan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Kelana, Kelana Jaya, di sini, pada 5 petang, 26 Julai lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bapa seorang anak yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun merayu hukuman denda yang rendah atas alasan dia sangat menyayangi anaknya dan kesal atas tindakan yang dilakukan.


“Saya berharap mahkamah memberikan saya satu peluang lagi untuk menjadi bapa yang terbaik kepada anak saya”, katanya. – BERNAMA

Kategori