JIROFT (Iran) – Tiga barangan antik, yang dipercayai berusia 5,000 tahun, telah ditemui di Jiroft yang terletak di tenggara Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
Penemuan itu telah diumumkan oleh komander unit perlindungan Pertubuhan Warisan Budaya, Kraftangan dan Pelancongan Iran.
“Pakar antik kini memeriksa barangan yang ditemui dan butiran lanjut akan diberikan kemudian,” kata Kolonel Reza Mohammad-Rezaee pada Isnin.
Tamadun di Jiroft, Wilayah Kerman, bermula pada milenium ketiga SM. – BERNAMA