Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lucut Darjah Kebesaran Hak...

KUALA LUMPUR - Pelucutan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Ahmad...

Bayi Mati Dalam Kereta,...

KUANTAN - Bapa bayi yang ditemui mati dalam kereta dikatakan lupa untuk menghantar...

Pembangkang Berkempen Dengan Fitnah,...

KUALA LUMPUR – Pembangkang berkempen dengan menabur fitnah dan berita palsu untuk meraih...

Rakyat Bimbang, Kesal Pengunduran...

KLANG - Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di...

Batal BR1M Bermakna Zeti Dicucuk Hidung

KALAU BRIM ditamatkan, Zeti wajib letak jawatan sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Negara (CEP) dan Pengerusi PNB. BRIM adalah idea Bank Negara. Gabenor Bank Negara ketika itu adalah Zeti. Zeti yang mempertahankan idea BRIM.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

BRIM dicadangkan dalam pembentangan Lembaga Pengarah BNM yang dihadiri oleh DS Najib pada bulan Mac 2011. Ia kemudiannya dibentang dan dibahas dalam mesyuarat “Majlis Ekonomi Negara” pada bulan Mac dan Ogos 2011. Dengan kata lain BRIM lahir melalui pertimbangan teliti. Ternyata mekanisme subsidi dan kawalan harga yang negara gunakan ketika itu mengakibatkan kos fiskal yang besar. Sebab itu BRIM diperkenalkan supaya sampai kepada golongan “sasar” yang sebenarnya.

Menurut Zeti, BRIM adalah hasil kajian menyeluruh terhadap sistem pemberian subsidi dan jaringan sosial (social net) di beberapa negara lain. Ketika itu Malaysia hampir melaksanakan langakh “fiscal consolidation” dan antaranya rasionalisasi subsidi.

BRIM dibatalkan kerana ego dan kesilapan Tun M membatalkan GST. Dia mahu menghapuskan legasi Najib kerana BRIM dikaitkan dengan Najib. Akibatnya rakyat yang susah. Padahal ia hasil kajian teliti dan dipuji oleh pakar ekonomi dan Parlimen UK. Bertambah buruk kerana ahli CEP seperti Zeti dan Jomo dicucuk hidung. Zeti wajar letak jawatan. – MYNEWSHUB.TV

Mohd Puad Zarkashi
27.8.2018

Kategori