Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Korban Bas Meningkat...

SEPANG - Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan S8...

Berita Razif Sidek Meninggal...

BERITA yang tersebar di media sosial menyatakan bekas pemain badminton negara, Datuk Razif...

Azwan Ali Sound Azhar...

ADOI makin menjadi-jadi nampaknya selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA, Azwan Ali...

Budak 5 Tahun Tersekat...

LAGI kes melibatkan kanak-kanak di China tersangkut. Kali ini kepala seorang budak berusia...

Batal ECRL Hukuman Ke Atas Rakyat Pantai Timur?

KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membatalkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dilihat sebagai satu bentuk hukuman ke atas rakyat Pantai Timur kerana memilih Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam PRU-14.

Ia kerana projek pengangkutan awam yang dirancang kerajaan terdahulu itu akan mempercepatkan kerancakan pembangunan kawasan Pantai Timur tanah air khususnya jika ia diteruskan.

“Saya berharap kerajaan PH tidak melepaskan dendam kepada penduduk Pantai Timur di atas keputusan mereka menolak PH. PH perlu menghormati keputusan pengundi di Pantai Timur.

“Kita faham jika kerajaan PH ingin membuat kajian tentang kos dan sebagainya, tetapi membatalkan terus ECRL adalah keterlaluan. Saya harap jangan hukum rakyat di Pantai Timur hanya kerana perbezaan fahaman politik,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, menjelaskan, ECRL yang dirancang oleh kerajaan terdahulu dijangka akan merapatkan jurang pembangunan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat.

Menurut beliau, ECRL dijangka meningkatkan kemasukan pelancongan ke Pantai Timur dan pembangunan industri.

Kawasan laluan terutamanya stesen persinggahan akan membangun dengan lebih cepat terutama sektor perumahan dan komersial.

Kata beliau, pekerja yang tinggal di bandar besar akan berpindah ke bandar stesen persinggahan.

Sebagai contoh pekerja dari Temerloh yang selama ini tinggal di Kuala Lumpur atau Kuantan boleh tinggal di Temerloh kerana jangka masa yang pendek untuk berulang-alik ke tempat kerja.


Tambah beliau, dengan membangunnya sektor perumahan pasti akan membangun juga sektor komersial, maka peluang perniagaan akan terus berkembang, usahawan kecil akan terus meningkat dan peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Melalui ECRL juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada anak-anak tempatan di sektor rail ini,” katanya.

Beliau seterusnya menyatakan rasa kesal kerana GiatMara bersama Universiti Malaysia Pahang telah memperkenalkan kursus latihan kepada 700 pelatih untuk bekerja di bawah projek ECRL.

“Namun, dengan terbatalnya ECRL ini maka terbantutlah harapan 700 tenaga mahir muda Melayu ini untuk bekerja di dalam sektor rail ECRL ini.

“Yang pasti, harapan penduduk Pantai Timur untuk mendapatkan pengangkutan awam bagi kemudahan pengangkutan akan tinggal sekadar mimpi semata-mata,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori