Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Isu Busana Wany, Syarikat...

TIRAI Anugerah Juara Lagu ke -32 ditutup rasminya pada malam Ahad lalu, namun...

NGO Minta Jakim Jelas...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status...

Kejutan Buat Pembangkang P/Raya...

KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN)...

Senai-Desaru Expressway Beri Diskaun...

KUALA LUMPUR - Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus...

Bayaran Balik: LHDN Beri Keutamaan Kepada Pembayar Cukai Individu

PUTRAJAYA — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses lebih daripada 90 peratus permohonan bayaran balik cukai tahun semasa bagi pembayar cukai individu setakat 31 Julai 2018.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata berdasarkan kedudukan Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) yang terhad, keutamaan pembayaran balik cukai terlebih bayar diberikan kepada kategori pembayar cukai tersebut.

“Bagi kategori pembayar cukai yang lain, bayaran balik masih tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan tambahan untuk tabung tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Sabin turut mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa terdapat kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah TBBC.

Lim pada Rabu lalu mendedahkan kerajaan terdahulu gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar berjumlah RM16.04 bilion yang tertunggak sejak lebih enam tahun hingga 31 Mei lalu.

Jumlah itu melibatkan 1,653,786 kes merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan yang tidak menerima bayaran balik cukai terlebih bayar mereka daripada LHDN disebabkan kekurangan pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah TBBC, kata Lim.

Menurut Lim, baki sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei tahun ini hanya RM1.486 bilion, berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara.

Sabin berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk mensejahterakan rakyat, pihaknya akan memberikan pertimbangan kepada permohonan pembayar cukai yang mempunyai kredit cukai yang perlu dibayar balik oleh LHDN untuk tolak selesai cukai yang perlu dibayar bagi tahun semasa.

“Pembayar cukai hendaklah mengemukakan permohonan tolak selesai tersebut kepada cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka.

“Bagi pembayar cukai yang tidak memohon untuk tolak selesai, bayaran balik mereka akan diproses bergantung kepada peruntukan TBBC yang diluluskan kerajaan dan kedudukan kewangan negara,” katanya.


Sabin berkata, mengambilkira kekangan kewangan akibat hutang kerajaan yang melebihi RM1 trilion, Menteri Kewangan sedang berusaha mencari sumber kewangan bagi membuat bayaran balik sama ada pada tahun hadapan atau tahun-tahun berikutnya.

Sebagai peringatan kepada pembayar cukai terutama sektor korporat, Sabin berkata terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan wujudnya bayaran balik termasuk memastikan anggaran cukai yang diisi dikira setepat yang mungkin.

Katanya, jika pihak syarikat mendapati anggaran cukai yang terkini adalah lebih rendah berbanding anggaran cukai asal, syarikat boleh membuat pindaan pada bulan keenam atau bulan kesembilan dalam tempoh asas syarikat.

“Individu yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan boleh membuat pindaan amaun bayaran ansuran sekiranya mendapati anggaran cukai terkini adalah lebih rendah berbanding anggaran cukai asal.

“Permohonan pindaan tersebut hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun taksiran yang berkenaan,”katanya.

Sabin juga menegaskan LHDN akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat laporan yang berkaitan dengan isu bayaran balik cukai pendapatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDN

Kategori