Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tanah Runtuh Halang Laluan...

KUALA BERANG - Hujan berterusan sejak lewat malam kelmarin menyebabkan tanah runtuh di...

China Masters: Cabaran Malaysia...

KUALA LUMPUR - Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton China Masters berakhir selepas dua...

Hanya Gulungan Dawai Pemisah...

PUTRAJAYA - Hanya gulungan dawai besi setinggi paras paha yang menjadi pemisah antara...

Mohon Naik Taraf Hospital...

BENTONG - Kementerian Kesihatan (KKM) diharap dapat mempertimbangkan keperluan menaik taraf Hospital Bentong...

‘Beach Boy’ Didakwa Cabul Kehormatan Pelancong

BALIK PULAU – Seorang ‘beach boy’ warga Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelancong Qatar, bulan lalu.

Bagaimanapun, kes ditunda ke 15 Ogos ini bagi melantik jurubahasa membacakan kertas pertuduhan ke atas Sayed Salam Abu Bakar Sidek, 31, yang memiliki kad pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Dalam prosiding hari ini, jurubahasa mahkamah membaca kertas pertuduhan ke atas tertuduh di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Monkey Beach, Teluk Bahang, jam 3.30 petang 30 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili, manakala pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Mawan.


Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes, dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin. Isteri tertuduh turut hadir pada prosiding hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan polis menahan tiga lelaki di Monkey Beach disyaki cuba mencabul seorang pelancong dari Qatar, 30 Julai lalu.

Suspek terdiri daripada dua warga Rohingya berusia 31 dan 28, serta seorang lelaki Bangladesh berumur 43 tahun. – BH Online

Kategori