Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sarawak Laksana Dua Inisiatif...

BINTULU – Beberapa inisiatif baharu bagi merancakkkan lagi pembangunan ekonomi Sarawak akan dilaksanakan...

Lebih 5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah...

Aliran Trafik Ke Arah...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilapor perlahan ke arah utara berikutan jumlah kenderaan...

Pemain Biola Mengamuk, Budak...

LONDON – Gara-gara marahkan seorang budak yang batuk selama seminit ketika dia mengadakan...

Bekalan Bahan Mentah Aidiladha Mencukupi

BUTTERWORTH – Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) hari ini memberi jaminan bekalan bahan mentah seperti ayam, daging dan sayuran adalah mencukupi menjelang Hari Raya Aidiladha ini.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata FAMA akan melancarkan Program Jimat Belanja Aidiladha yang akan bermula di Putrajaya esok dan disusuli di seluruh negara.

“Orang ramai boleh mendapatkan bekalan bahan mentah di pasar tani FAMA dengan harga yang berpatutan. Jadi jangan risau bekalan tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kursus Sumber Rezeki Baharu di sini, hari ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin ketika berucap merasmikan kursus itu berkata, kerajaan negeri dan FAMA sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti tanaman kelapa dan nanas di Pulau Pinang .

“Kerajaan negeri dan FAMA begitu proaktif dalam usaha untuk mengenalpasti lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tanaman kelapa dan nanas yang dilihat mampu memberikan pulangan lumayan kepada golongan petani kontrak khususnya,” kata Dr Afif.


Beliau berkata antara kawasan untuk tanaman kelapa dan nanas yang dikenalpasti ialah Balik Pulau, Juru dan Batu Kawan. – BERNAMA

Kategori