Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RON97, RON95 Naik 3...

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen manakala...

Kerana Muka, Azhan Rani...

LAWAK pun ada, rasa sedih pun ada. Pelakon  berkarakter, Azhan Rani telah berkongsi...

Gambar: Nenek Maut Disembelih...

SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat...

Kasut, Beg Tangan Milik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa, 263 beg...

Bekas Adun Kedah Direman Lima Hari

ALOR SETAR – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dari Barisan Nasional (BN) direman lima hari bermula hari ini bagi bantu siasatan kes berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Nor Azah Idris. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur lingkungan 60-an itu diwakili Peguam Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.

Terdahulu suspek tiba di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar pukul 10.07 pagi dengan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut kelihatan isteri dan anaknya serta kira-kira 20 penyokong bekas Adun itu.

Malam tadi media melaporkan bekas Adun itu ditahan SPRM negeri ini selepas hadir memberi keterangan berhubung kes itu di Pejabat SPRM Kedah kira-kira 4.00 petang semalam.

Sumber SPRM dipetik sebagai berkata suspek disyaki memohon untuk menggunakan dana itu Februari tahun lepas dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan, wang dana itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan. – BERNAMA

Kategori