Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Lulus Pembinaan 10...

KUALA NERANG - Kerajaan telah meluluskan pembinaan 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina...

BN Kedah Tampil 24...

MANTAP... Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon parti dengan gabungan terbaik...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak,...

Putrajaya : Kes harian Covid-19 di negara ini terus meningkat melepasi angka 3,000...

Polis Cari Saksi Kes...

KUANTAN - Polis Pahang sedang menjejaki seorang lelaki, Tuan Mohd Yusri Tuan Long,...

Bekas Pemimpin Parti Politik Bergelar ‘Tan Sri’ Ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pemimpin kanan sebuah parti politik bergelar ‘Tan Sri’ kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 64 tahun itu ditahan kira-kira 2.45 petang di Pejabat SPRM Johor Bahru hari ini.

Lelaki itu, yang merupakan seorang pengarah syarikat, pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah pada tahun lepas.

“Kali ini dia dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu menerima, memindah dan menggunakan wang haram hasil rasuah menerusi akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta proksi,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram 2001 di Mahkamah Johor Bahru, esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori