Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pencarian Nelayan Hilang Diperluas...

KEMAMAN - Operasi mencari empat nelayan hilang di perairan Kemaman sejak enam hari...

Fouziah Gous Disahkan Hamil...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon jelita Fouziah Gous yang baharu sahaja menerima khabar gembira...

MP DAP Bantah Kohilan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng meminta kerajaan menangguhkan...

Suspek Wanita Muntah-Muntah –...

SEPANG - Seorang daripada dua wanita asing yang ditahan reman mengalami muntah-muntah dipercayai...

Bekas Perdana Menteri India, Vajpayee Meninggal Dunia

NEW DELHI – Bekas perdana menteri India, Atal Bihari Vajpayee meninggal dunia pada Khamis, demikian menurut kenyataan hospital, lapor Xinhua.

Vajpayee, 93, dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) dan masih bujang, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Sains Perubatan All India (AIIMS).

Bekas pemimpin itu telah terlantar sakit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak dimasukkan ke hospital sembilan minggu lepas berikutan masalah jangkitan ginjal dan sesak nafas, tahap kesihatannya semakin merosot dua hari lalu.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri India dari 16 Mei hingga 31 Mei 1996, dan selama dua penggal berturut-turut antara Mac 1998 hingga Mei 2004.


Sangat aktif dalam politik dan beliau dilihat sebagai pemidato yang hebat, dan pernah berkhidmat sebagai wartawan selepas menamatkan pengajiannya.

Pernah memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Luar India dari Mac 1977 hingga Julai 1979. Vajpayee menjadi ahli Parlimen India buat kali pertama pada 1957. – BERNAMA

Kategori