KUALA LUMPUR – Bekas personaliti TV, Ishak Nengah, 65, meninggal dunia hari ini selepas menderita penyakit Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) atau barah hidung sejak 2011.
Menurut sumber, Allahyarham mengalami kesukaran bernafas sekitar 4 pagi dan meninggal dunia pada 12.45 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
“Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya selepas solat Asar,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bapa kepada penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, 38, itu meninggalkan seorang isteri, Aisyah Ali dan dua lagi anak Ashraf, 36, dan Iman, 28. – BERNAMA