Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

11 Banduan Dapat Pengampunan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik pengumuman 11 banduan yang...

Bayi Ditemui Merangkak Di...

APABILA seseorang itu sudah bergelar ibu bapa, keselamatan anak nyata menjadi aspek terpenting...

DBKL Pantau Kebersihan Makanan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil 770 sampel makanan...

Sokongan Warga KKMM Perlu...

KOTA KINABALU - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) khususnya di Sabah diminta...

Berhati-Hatilah Orang Melayu…

“BERHATI-HATILAH…”

Itu pesanan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa untuk golongan muda Melayu dengan merujuk kepada bidalan lama sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Malah, kata beliau, banyak ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang mengingatkan umat supaya sentiasa berhati hati dengan berita palsu yang disampaikan kepada mereka.

Beliau merujuk kepada pengakuan International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengenai peranan agensi asing itu dalam politik Malaysia pada PRU-14.

Dalam satu program di luar negara, wakil IRI menceritakan tentang kejayaan organisasi itu membantu pembangkang sejak tahun 2002 bagi menumbangkan kerajaan Malaysia.

Annuar mendakwa umum mengetahui antara cara yang digunakan oleh IRI untuk membantu pembangkang mengalahkan kerajaan Malaysia ketika itu adalah dengan membiayai media dan portal berita tertentu.

Dakwa beliau, usaha oleh ejen pro-Zionis itu ke atas politik Malaysia sudah pun terbukti sangat berjaya.

Justeru, beliau mengingatkan orang Melayu tentang analisa yang dapati senjata utama mewujudkan kancah Arab Spring hingga menghuru-harakan banyak negara Islam adalah media baru dan internet yang ditaja oleh elemen pro-Zionis

“Baru-baru ini terdedah pula berita bagaimana ratusan mungkin ribuan akaun Facebook dan Whatsapp dan Twitter menyamar menggunakan nama Melayu dan Islam walau sebenarnya individu itu bukan Melayu dan Islam.


“Tugas mereka ialah mempengaruh perbualan maya untuk memecah belahkan orang Melayu dan Islam. Dalam semua episod ini, nampaknya orang Melayu dan generasi muda menjadi mangsa,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Annuar seterusnya mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan yang terbukti di taja oleh ejen-ejen yang telah membuat pengakuan terbuka itu semakin ketara mula melaksana agenda yang selari dengan dasar penajanya.

“Maka sudah pasti liberalisma, pluralisma, sosialisma hatta komunisma tidak menjadi halangan lagi. Malah undang- undang seperti SOSMA DAN ANTI FAKE NEWS pasti dihapuskan agar ejen penaja pro-zionis dan pro-sosialis dan pro-underworld boleh bergerak bebas.

“Sistem percukaian pro-Towkeh dan pro-black economy dibawa masuk… kiblat ekonomi pro-US dalam trade war US-CHINA dan berbagai lagi.

“”Ini benar benar Malaysia Baru… Tinggal lagi yang baru itu APA DAN MEMBAWA KITA KE MANA?,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori