Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Banjir: 781 Penduduk Berpindah...

KUALA TERENGGANU - Seramai 781 penduduk daripada 203 keluarga yang terjejas banjir di...

Bayi Lelaki Maut Selepas...

GILA...Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut selepas dibedah oleh seorang doktor bagi...

Jadikan Inovasi Pemangkin Kecemerlangan...

KUANTAN - Budaya inovasi perlu diterapkan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sebagai pemangkin...

RM100 Juta Bina Kereta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi pembinaan sistem kereta...

Berhenti Bangkit Bangsa Asal – Annuar

KLANG – Rakyat diminta berhenti membangkitkan isu bangsa asal di negara ini sehingga menggugat kestabilan negara, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, ini kerana sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957, tiga kaum utama ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India sudah bersepakat untuk patuh kepada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Urusan memerdekakan negara sudah difikir bersama oleh pemimpin UMNO, MCA dan MCA yang membentuk perikatan serta menjadi tunggak penubuhan negara sehinggalah sekarang.

“Jadi kita pelik apabila Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran) yang baru dua bulan jadi Menteri sudah buat kenyataan yang menggugat keharmonian negara.

“Menteri apa macam ini? Dia sedar atau tidak apa yang dia cakap? Saya nasihat dia baca Perlembagaan Negara.

“Kalau dia faham apa yang dipasak dalam Perlembagaan Negara, dia tidak akan cakap isu yang menimbulkan keresahan antara kaum,” katanya.

Beliau berucap pada Ceramah Rakyat ‘Janji Manismu’ di Taman Sri Andalas, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Kulasegaran mengatakan Melayu kaum pendatang dan kaum India penduduk asal Tanah Melayu pada satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan.


Beliau dilaporkan berkata, semua bukti mengenai kedatangan Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dengan penemuan banyak kuil di kawasan itu, dan orang India tidak layak digelar sebagai pendatang berdasarkan faktor sejarah.

Selepas dikecam pelbagai pihak, Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP memohon maaf serta menarik balik perkataan ‘pendatang’ berhubung kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang, manakala orang India sebagai penduduk asal.

Dalam pada itu, Annuar berkata, jika ada kaum yang tidak berpuas hati berhubung sesuatu isu, ia perlu dibincangkan secara baik bagi mengelak kontroversi.

“Kita sudah belajar untuk hidup bersama berpuluh tahun. Adakah kita semua tidak sayangkan negara ini? Jadi kenapa kita hendak rosakkan nikmat sebuah negara aman yang kita diami ini,” katanya. – BH ONLINE

Kategori