Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Komersial Tak Perlu...

PUTRAJAYA - Pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan...

Sabah Bentang Bajet Lebihan...

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.104 bilion...

Video: Detik Ceria Adik...

KISAH kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari Singapura, Mohamad Daniel Mohamad Nasser...

Curi Penguin Dari Zoo...

DUA ekor penguin yang dicuri dari sebuah zoo dijual secara terbuka menerusi laman...

Bhatia Ganti Tony Sebagai Pengerusi QPR

LONDON – Queens Park Rangers (QPR) melantik ahli perniagaan berketurunan British-India, Amit Bhatia sebagai pengerusi baharu, berikutan pengerusi bersama, Tan Sri Tony Fernandes and Ruben Gnanalingam mengosongkan kerusi itu, kata kelab liga Kejuaraan itu.

Bhatia yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai naib pengerusi, akan bekerja bersama pengurusan pasukan yang diketuai oleh Ketua Eksekutif Lee Hoos di lapisan kedua.

Tokoh perniagaan dari Malaysia, Tony, yang sudah bersama QPR sejak mengambil alih kelab berkenaan pada tahun 2011, menegaskan perkara itu adalah terbaik kerana QPR kini mempunyai pengerusi yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

“Ini adalah masanya untuk QPR mempunyai seorang pengerusi yang berpangkalan di London,” kata Tony dalam satu kenyataan.

“Adalah penting bagi saya untuk turun selepas kami menyelesaikan pelbagai isu termasuk Fair Play Kewangan (FFP) bagi memastikan kelestarian kelab, pembangunan sebuah akademi terkuat dan memiliki sokongan yang kuat di belakang pasukan.”

Bulan lalu, QPR didenda 17 juta pound (RM88.6 juta) sebagai sebahagian daripada penyelesaian sejumlah 42 juta pound (RM218.8 juta) yang perlu dibayar kepada Liga Bolasepak Inggeris kerana melanggar peraturan ditetapkan di bawah FFP.


Bhatia menyertai Lembaga Pengarah di Loftus Road pada Disember 2007 sebagai wakil bapa mertuanya dan pengerusi ArcelorMittal, Lakshmi Mittal, yang membeli saham di QPR bersama Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

“Saya sangat teruja kerana dilantik sebagai pengerusi baharu QPR dan menerima jawatan ini dengan penuh kesedaran bahawa tanggungjawab dan tekanan besar datang bersama pelantikan ini,” kata Bhatia.

“Saya kembali ke QPR sebagai pengerusi pada musim ini dan berharap dapat memanfaatkan pengalaman lebih 10 tahun lalu dapat membantu pengurus Steve McClaren, Les Ferdinand (pengarah bola sepak) dan seluruh keluarga QPR untuk terus meningkatkan prestasi seperti dilakukan di bawah kepimpinan Tony dan Ruben.”

Gnanalingam akan mengambil alih kedudukan Bhatia sebagai naib pengerusi QPR dan akan kekal sebagai pengerusi lembaga amanah kelab. – REUTERS

Kategori