Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PRK Tanjung Piai: Calon...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng antara...

Polis Giat Kesan Individu...

IPOH - Polis kini giat mengesan individu yang bertanggungjawab mendera seorang kanak-kanak perempuan...

Russia Dakwa Risikan AS...

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat...

Kucing Batu Mati Dilanggar

SABAK BERNAM : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor mengesahkan...

Bibi Anggap Desakan EGM Untuk Singkirkannya

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan nasib pucuk pimpinan persatuan terbabit.

Melihat perkara itu sebagai usaha menyingkirkannya, Presiden Kafa Bibi Ramjani Illias Khan berkata buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk Kafa akur pada desakan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah tersebut.

“Lebih penting kita berikan tumpuan kepada Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pihak kami melunaskan tuntutan gaji bekas pemain dan jurulatih import sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan PBJ Tanah Merah mendesak Kafa mengadakan EGM untuk menukar pucuk pimpinan selepas mendakwa barisan pentadbiran ketika ini gagal mengendalikan tadbir urus persatuan itu dengan baik.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata desakan itu merupakan “perang saraf” pihak tertentu yang mahu menyingkirkan beliau dan bukan bertujuan memulihkan persatuan atau pasukan Kelantan.


Dalam pada itu, beliau mahu semua yang terlibat dengan Kafa memberikan tumpuan kepada kempen Piala Malaysia ketika ini.

“Kita masih ada satu cabaran pada saingan Liga Malaysia musim ini, oleh itu apa-apa tindakan yang tidak memberikan sumbangan kepada kebaikan persatuan, saya kira ia adalah satu keputusan memburukkan lagi keadaan Kafa dan pasukan Kelantan,” katanya. – BERNAMA

Kategori