Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Beranak Maut Nahas...

KINABATANGAN - Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan...

PM Tiba Di Arab...

AHLAN WA SAHLAN... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di...

Zul Ariffin Beli Kereta...

TAK baik tau tuduh Zul Ariffin beli kereta mewah pakai duit kekasihnya, Gayatri...

Arab Saudi Diminta Bantu...

KUALA LUMPUR - Arab Saudi hari ini diminta supaya turut memberi kerjasama dalam...

Bimbang Rakyat Marah Gagal Tunai Janji, Saman AES Dibatal

KECOH dikutuk rakyat kecewa banyak janji manis manifesto Pakatan Harapan (PH) gagal ditunai dalam 100 hari, kerajaan baharu itu mula batal saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

Ini melibatkan kesemua 3.1 juta saman AES membabitkan nilai RM435 juta yang belum pernah dibayar pesalah trafik tersebut sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012 yang tidak pun melibatkan sebarang peruntukan kerajaan.

Selain itu, AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak sambung kontrak dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. Bagaimanapun mereka yang sudah bayar saman AES itu tidak pula akan dapat tuntut balik bayaran tersebut.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan oleh JPJ. Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum lagi berbayar.

“Ini dilaksana secara one-off,” katanya pada sidang media di Putrajaya, yang agak mengejutkan banyak pihak dan disifatkan pengamat politik tanah air cuba alih kemarahan rakyat terhadap kegagalan tunai janji manifesto.


Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook memberi dalih dengan berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan PH kononnya tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Selain itu katanya, kerajaan turut bersetuju bayar balik RM555 juta daripada Tabung Lembaga Tabung Angkatan Tenteta (LTAT) secara berperingkat, yang digunakan kerajaan terdahulu bagi bayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

Siew Fook berkata, kerajaan juga bersetuju pelaksanaan Sistem eCall yang sepatutnya wajib dipasang pada kereta baharu bermula Julai 2019 ditangguhkan. – BH Online

Kategori