Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Operasi Helikopter Perlu Dipantau...

PUTRAJAYA - Operasi helikopter perlu dipantau bagi mengelakkan berlaku bencana atau tragedi pada...

Anak Pengasas Huawei Ditahan

VANCOUVER, Kanada - Anak perempuan pengasas gergasi teknologi China, Huawei ditangkap di Kanada...

Esscom Berdepan ‘Musuh Dalam...

BELURAN - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang ditubuhkan berikutan pencerobohan...

PLKN Akan Dilaksanakan Semula...

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan...

Bintang Liga Perdana Inggeris Didakwa Rogol Model

SEORANG bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) didakwa merogol seorang model di London.

Seorang bintang terkemuka dan seorang pemain bola sepak bukan liga bakal berdepan dengan siasatan polis selepas seorang wanita mendakwa dirinya diberikan dadah sebelum dirogol.

Mangsa mendakwa bintang Piala Dunia itu bersama rakannya melakukan perkara tersebut di sebuah unit apartment selepas mengadakan pertemuan di London.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu membuat laporan polis berhubung insiden.

Dia yang merupakan seorang model warga Perancis disiasat polis di Paris dan kemudian menjalani pemeriksaan perubatan.

Dalam kejadian itu, model tersebut bersama rakan-rakannya bertemu dengan dua pemain berkenaan di sebuah restoran di Mayfair, London untuk menikmati makan malam.


Mereka kemudian ke sebuah unit apartment di Westminster di ibu negara Britain untuk persiapan keluar ke kelab malam.

Seorang jurucakap Polis Nationale di Perancis berkata, mereka enggan mengulas kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Polis Metropolitan di London pula memberitahU mereka masih belum mendapat maklumat berhubung insiden daripada pihak berkuasa Perancis. – Daily Star UK/mStar Online

Kategori