Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Alami Tekanan Hinggakan Rambut...

SEORANG juru dandan rambut berjaya memenangi hati netizen apabila dia berkongsi kisah salah...

Petronas, Aramco Bentuk Dua...

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS) dan Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan...

Lelaki Temui Ajal Selepas...

JEMPOL - Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengurut kaki di sebuah pusat...

Korban Nahas Bas Brazil...

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh apabila sebuah bas pesiaran terhumban...

Bomba Guna “Water Bombing” Kawal Kebakaran Gambut

MIRI – Unit Udara Bomba Miri telah menggunakan kaedah menjatuhkan air dari udara atau “water bombing” untuk mengawal kebakaran tanah gambut yang kini sudah menghampiri kawasan Komplek Kebajikan Hamidah Yakub di Permyjaya hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, operasi telah dilaksanakan bersama dengan Unit Udara Bomba Miri yang melakukan pemadaman api melalui kaedah “water bombing” selain daripada bantuan operasi pemadaman di darat dengan 1,590 liter air (1,590 litre of water for one drop) digugurkan sekali untuk kawasan tertentu kebakaran tersebut oleh unit udara.

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas 32 hektar, setakat ini api masih belum padam tetapi keadaan masih terkawal kerana kebakaran masih belum merebak ke kawasan lain,”katanya di sini hari ini.

Law berkata, pada masa sama asap masih lagi berada di kawasan tanah gambut yang telah dipadamkan menerusi kaedah “water bombing.”

Untuk rekod Komplek Kebajikan Hamidah Yakub dimiliki Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim) yang menempatkan anak-anak yatim pelbagai kaum di Sarawak berumur tujuh hingga 19 tahun. – BERNAMA

Kategori