Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tragedi Bot Karam, Bayi...

KOTA BELUD: Seorang bayi lelaki berusia setahun lemas manakala, sembilan penumpang lain terselamat...

Gadong Jaya Akan Dibangun...

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan riadah dan sukan di atas...

Kehadiran Murid Orang Asli...

KOTA BAHARU - Kehadiran lebih ramai murid Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan (SK)...

Laporan Lengkap Tren Kargo...

KUALA LUMPUR - Laporan lengkap insiden tren kargo tergelincir di Km200.332 di Kampung...

Bomba Tangkap Lembu Terlepas Masuk Kilang

SHAH ALAM – Orang ramai di sini dan Subang Jaya hari ini digemparkan dengan aksi mengejar lembu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata lembu berkenaan dipercayai terlepas daripada kawalan tuannya dan kemudian merayau masuk ke sebuah kilang di Seksyen 15 di sini.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.26 tengah hari tadi yang memberitahu ada seekor lembu telah merayau memasuki kilang berkenaan.

“Anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke lokasi berkenaan dan ketika anggota kami cuba menangkap lembu itu, ia telah melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer sehingga ke stesen minyak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya,” katanya.

Menurut Alimaddia pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan berkenaan dan menyerahkan ia kepada pemiliknya pada kira-kira 5 petang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Lembu

Kategori