Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPJ Jawab Isu Operasi...

Akhir-akhir ini, kecoh di laman sosial apabila rakyat marhaen membidas operasi khas pihak...

Jambatan Baharu Ganti Jambatan...

JOHOR BAHRU - Sebuah jambatan baharu bernilai antara RM5 juta hingga RM6 juta...

APMM Buru 2 Suspek...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang memburu dua suspek warganegara...

Empat Keluarga Tinggal Sehelai...

GUA MUSANG - Dua belas mangsa daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua unit rumah yang...

BR1M Perlu Dihentikan Kerana Ada Unsur Rasuah

IPOH – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini (inisiatif baharu) untuk memberdayakan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak di sini hari ini.

Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. – BERNAMA

Kategori