Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Taman Serdang Harap...

BANDAR BAHARU - Penduduk Taman Serdang, di sini berharap pihak berkuasa akan segera...

Ura-Ura, iPhone 7 Tidak...

KETIKA diperlihatkan kepada umum pada tahun 2007, iPhone menurut mendiang Steve Jobs ialah...

Isu Gereja: MCA Sokong...

PETALING JAYA - MCA menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad...

Nanah Dalam Otak, Adik...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak siapa yang mahu sepanjang...

Bukan Sengaja Nak Tayang Bahagia – Aeril Zafrel

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama isteri di laman sosial Instagram adalah sekadar menyimpan memori tersebut.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagian dalam rumah tangga mereka kepada umum.

“Saya tiada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja.

“Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan,” ujarnya kepada mStar online.

Aeril dan Wawa sering dijadikan idola.

Dia ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelakon utama teater Tanah Akhirku di Istana Budaya pada Rabu.

Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya dalam sepanjang berumah tangga. Aeril berkata, dia dan Wawa kini dalam fasa hubungan yang matang.

Katanya, selepas tujuh tahun melayari rumah tangga dia banyak belajar tentang tolak ansur dan kepercayaan.

“Tujuh tahun adalah masa yang matang untuk hubungan suami isteri. Sebelum ini mungkin kami muda dan sering terasa.

“Sekarang semua sudah faham sendiri dan tiada aksi pujuk memujuk kerana masing-masing dah faham,” ujarnya.

Aeril dan Wawa, 27, berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.

Bercerita tentang gangguan netizen terhadap dirinya, Aeril berkata, dia tidak pernah menganggap perkara itu sesuatu yang serius.


Malah, dia jarang melayan komen-komen netizen terutama yang sengaja mencetuskan provokasi.

“Kalau yang nak mengurat itu saya anggap mereka bergurau sahaja. Wawa pun sudah faham dan tidak cemburu.

“Manakala yang komen negatif atau marah-marah selalunya saya balas baik-baik sahaja kerana tidak guna pun kalau nak bergaduh dengan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aeril bakal membawakan watak Tengku Khalis dalam teater Tanah Akhirku yang bakal di pentaskan 28 Ogos hingga 2 September depan.

Kata Aeril, teater tersebut memberi cabaran kepada dirinya sebagai seorang pelakon untuk beraksi di pentas teater.

Biarpun, ia merupakan pementasan kedua selepas Laila Manja dua tahun lalu.

“Ia akan ada cabaran tersendiri terutama dari segi dialog sebab teater ni kita kena ingat dan ada stamina,” ujarnya.

Tanah Akhirku turut dibintang oleh Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam dan Nina Nadira. – mStar Online

Kategori