Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Muat Turun Aplikasi Microsoft...

MICROSOFT sedia merupakan aplikasi turun temurun yang digunakan sejak penggunaan PC telah merangkumi...

50% Isu Tanah Di...

BALING - Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin 50...

Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru...

BELUM sampai setahun kembali solo sejak 7 April lalu, Datuk Seri Vida (DSV)...

Masyarakat Pelbagai Kaum Di...

KOTA KINABALU - Penduduk pelbagai kaum di Sabah harus memupuk nilai-nilai positif dalam...

Syor Rumah Ada Akses Internet Diharap Tak Beban

KUALA-LUMPUR – Hasrat kerajaan supaya projek perumahan baharu disediakan akses internet disambut baik banyak pihak, namun timbul juga kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan kos kepada pemaju perumahan, dengan akhirnya harga rumah turut naik.

Apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa kementerian itu bercadang menggubal satu rang undang-undang (RUU) bagi mewajibkan setiap pembinaan bangunan baharu menyedia akses internet, wujud pandangan supaya pelaksanaannya diperhalusi agar ia benar-benar memberi manfaat kepada orang ramai.

Melalui tinjauan Bernama di laman media sosial bagi melihat pandangan netizen berhubung cadangan menteri itu, mereka hanya berharap cadangan berkenaan tidak akan membebankan rakyat pada akhirnya.

Ada netizen yang risau kemungkinan harga rumah akan naik dan masalah ini wajib dipantau oleh kerajaan agar tiada pemaju sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan rumah atas alasan pemasangan akses internet itu melibatkan kos yang tinggi kepada mereka.

Pelajar Universiti Malaya Muiz Baharudin berkata kerajaan harus lebih tegas dalam memantau harga rumah disebabkan kemungkinan pemaju boleh mengenakan caj tersembunyi.

“ Dengan bertambahnya kos pembinaan ditambah dengan pemasangan internet ini, tak dapat dinafikan harga sesebuah rumah juga turut meningkat,” katanya kepada Bernama menerusi Facebook.

Gobind ketika mengumumkan cadangan RUU itu ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat Rabu lalu, berkata melalui penggubalan RUU itu, kemudahan akses internet boleh dikategorikan sebagai utiliti seperti bekalan elektrik dan air untuk setiap unit rumah.

Sementara itu, Yusof Tashfin di laman Facebooknya berkata adalah seeloknya kerajaan menambah baik perkhidmatan akses internet sedia ada dahulu sebelum melaksanakan cadangan berkenaan.


“Cadangan saya sebagai rakyat pula ialah, kerajaan patut mempercepatkan proses menambah baik kelajuan internet, selain mengurangkan kos penggunaan internet,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Setapak Jaya 1B, Adnan Lop, 65, berkata usaha mewujudkan akses di kawasan perumahan baharu sangat dialu-alukan tetapi ia diharapkan tidak membebankan rakyat atau menjejaskan kos sara hidup penduduk secara bulanan.

“Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Saya pasti orang ramai mahukan fasiliti itu disediakan untuk kemudahan tetapi mengenakan caj mengikut kemampuan penduduk atau (lebih baik) kalau diberikan secara percuma,” katanya.

Toomie Baru, 28, dari Tenom, Sabah berkata perancangan tersebut sebaiknya dilaksanakan dengan mengambil kira penduduk di kawasan perumahan di luar bandar yang sukar mendapatkan rangkaian internet.

“Kebanyakan orang sekarang menggunakan internet dalam urusan seharian mereka seperti membayar utiliti bulanan, online shopping, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, masyarakat luar bandar juga menggunakan internet untuk ‘keep update’ mengenai isu semasa.

“Ada juga segelintir suri rumah yang menjana pendapatan melalui bisnes dalam talian. Mungkin projek ini dapat menguntungkan mereka (penduduk luar bandar),” katanya.  – BERNAMA

Kategori