Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Calon MB: Amanah Serah...

KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyerahkan kepada kebijaksanaan Barisan Nasional...

Kuala Lumpur Alami Gangguan...

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dihenti tugas berikutan insiden...

Kertas Siasatan Aliff Syukri...

KERTAS siasatan berhubung kes usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang didakwa...

MH370: Kertas Cadangan Ocean...

SEREMBAN - Kertas cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian...

Calon BN Yakin Sokongan Daripada Gerakan

SHAH ALAM – BN yakin akan memperolehi undi daripada anggota Gerakan bagi membantu kemenangan parti itu (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, esok.

Calon BN Datuk Lokman Noor Adam berkata ia berikutan seramai 280 anggota parti itu di DUN berkenaan telah menyatakan sokongan untuk mengundi BN pada PRK tersebut.

“Kira-kira 280 anggota Gerakan telah memaklumkan untuk memberi sokongan kepada kita walaupun mereka sudah tidak bersama dalam BN lagi.

“Saya yakin dengan persabatan kita dan Gerakan yang telah terjalin sejak dahulu lagi, mereka pasti akan turun padang mengundi dalam membantu kemenangan BN di sini,” katanya dalam sidang media di pejabat UMNO Kota Raja di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada 23 Jun lepas, Gerakan mengumumkan keputusannya untuk keluar dari BN ekoran kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Lokman berkata walaupun kemenangan BN pada PRK DUN Sungai Kandis dilihat agak mustahil, namun beliau optimis parti itu mampu memenangi kerusi DUN tersebut walaupun dengan kemenangan yang tipis.


“Saya nampak shift yang sangat drastik boleh berlaku yang mana kita mungkin boleh menang tipis.

“Ini kerana faktor penolakan rakyat yang kuat terhadap kerajaan Pakatan Harapan kerana masih banyak janji (dalam manifesto) yang mereka masih belum tunaikan,” katanya.

Esok, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas K. Murthy pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. – BERNAMA

​​​​​​​

Kategori