Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sisters In Islam Cabar...

Hari ini, badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam memfailkan semakan kehakiman terhadap...

NUTP Minta KPM Lihat...

TAIPING - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini meminta Kementerian Pendidikan (KPM)...

Mata Wang Digital Merudum

FRANKFURT, Jerman – Nilai mata wang kripto se­perti Bitcoin dan lain-lain bentuk mata...

PLUS: Trafik Dijangka Sesak...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mula sesak setakat...

CEO Syarikat Air Terengganu Direman SPRM

KUALA TERENGGANU – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Terengganu (SATU) direman enam hari mulai hari ini untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa meluluskan peruntukan RM380,000 bagi mengubahsuai pusat agihan air menjadi kediamannya.

Permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret / Sesyen Kuala Terengganu Roszita Md.Saad mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Terdahulu lelaki berumur 58 tahun itu ditahan SPRM di pejabat agensi itu petang semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan menggunakan jawatan beliau untuk meluluskan projek mengubah suai dan menaik taraf bangunan di Pusat Agihan Gong Badak, Kuala Nerus berjumlah RM 380,000 pada Disember 2016 hingga Feb 2018.

Projek itu kemudian dijadikan sebagai Pejabat Operasi SATU Daerah Kuala Nerus sebelum ditukar menjadi kediaman suspek sendiri. – BERNAMA

Kategori