Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bekas Isteri Jimmy Shanley...

BEKAS isteri pelakon dan pengacara terkenal Jimmy Shanley, Nursuhaila Elini Suhaimi berhadapan dengan...

Berita Sedih: Sampel B...

Hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei,32, yang dikeluarkan Sistem Pengurusan...

Reka Bentuk Jajaran Baharu...

SHAH ALAM - Reka bentuk jajaran baharu Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)...

PasMa Umum Sokong Pakatan...

KEPALA BATAS - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini mengumumkan pendirian akan...

China Tangguh Roboh masjid

PIHAK berkuasa di utara China menangguhkan pemusnahan masjid besar, semalam selepas ribuan penduduk melakukan bantahan, kata penduduk, ketika kerajaan negara itu melaksanakan usaha besar-besaran mengekang aktiviti agama.

Penunjuk perasaan mula berkumpul, kelmarin sebelum tarikh pemusnahan masjid besar di kawasan Weizhou di wilayah Ningxia, utara China, kata penduduk tempatan.

Beberapa rakaman video di media sosial menunjukkan, ramai penunjuk perasaan berkumpul di depan masjid itu, sejak beberapa hari lalu sambil dikawal polis dengan pelindung perusuh.

Mereka duduk di tangga masjid dan ada yang berlegar di sekitar kawasan dataran, sebelum menyertai solat jemaah.

“Kerajaan berkata, ia bangunan haram tetapi tidak. Masjid ini mempunyai sejarah beratus tahun,” kata seorang pemilik restoran dengan nama keluarga Ma.


Di seluruh China, pihak berkuasa cuba mengehadkan kebebasan beragama untuk penduduk Muslim. Ia bertujuan memastikan penganut agama sealiran dengan ajaran Parti Komunis. – AFP/myMetro Online

Kategori