Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aliff: Bella Sudah Maafkan...

PENYANYI Aliff Aziz menyatakan isterinya, Bella Astillah sudah pun memaafkannya berikutan kontroversi melibatkan...

Perancis Benam Croatia, Julang...

PERANCIS menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 dalam...

Polis Selamatkan 402 Kanak-kanak,...

KUANTAN: Polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun...

LGE Tuduh Dulu Siasat...

1. SEMALAM Lim Guan Eng umum, siasatan dalaman mengenai duit refund GST RM19.4...

Dadah Dalam 30 Jenis Minuman Ringan, Teh, Kopi

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengenal pasti 30 jenis jenama minuman ringan, teh dan kopi pracampuran yang dipeketkan semula setelah dicampur dadah sebelum dijual di pusat-pusat hiburan untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata berdasarkan kepada kajian dan siasatan sejak dua tahun lepas, pihaknya telah mengesan taktik sindiket-sindiket dadah ini melalui beberapa siri operasi serbuan di pusat-pusat hiburan di seluruh negara.

“Antara dadah yang turut dikenal pasti dipasarkan dengan taktik sebegini adalah Eramin 5, ketamin, syabu dan ekstasi,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurutnya, taktik sebegini disasarkan kepada golongan remaja yang mengunjungi pusat-pusat hiburan dan parti-parti liar.

Kata Mohmad, jenama-jenama minuman yang telah dikenal pasti itu adalah daripada jenis yang mudah diperoleh dan sering digunakan pengguna di seluruh negara.

“Setakat ini, polis mengenal pasti taktik licik sebegini digunakan di pusat-pusat hiburan namun tidak menolak kemungkinan ia akan turut merebak hingga ke pasaran tempatan di mana ia akan menjadi lebih mudah untuk diperoleh.


Orang awam dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan menyemak dengan teliti sebarang produk minuman yang ingin dibeli agar tidak terbeli produk yang telah dimasukkan dadah,” kata beliau.

Mohmad berkata, pengedaran dadah sebegini merupakan satu ancaman baharu di dalam negara dan pihaknya akan berbincang dengan pihak produk jenama terbabit tentang permasalahan ini yang mungkin boleh ditambah baik dari segi pembungkusan.

“Sekiranya hal ini dibiarkan, ia boleh mencemarkan imej pemilik produk tersebut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori