Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

6,900 Permit Senjata Api...

KUALA LUMPUR - Polis akan membatalkan permit senjata api milik individu yang menyalahgunakannya...

Tempoh Operasi PI1M Disaran...

IPOH - Tempoh operasi Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di seluruh negara disaran...

620 Murid Cipta Rekod...

ISKANDAR PUTERI - Seramai 620 murid daripada 24 sekolah rendah dan 32 taska...

Kadar Pengangguran Di Sabah...

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kadar pengangguran yang tinggi mencapai lapan peratus pada 2020...

Dakwaan Tular Econsave Lahad Datu Punca Sebar HFMD Tak Betul

LAHAD DATU – Pasaraya Econsave Lahad Datu menafikan penularan dakwaaan terdapat kanak-kanak lelaki dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) setelah berkunjung ke pasaraya tersebut.

Pengurusnya, Masni Nursalam berkata pada 1 Ogos lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertemu pihak pengurusan bagi memberikan poster Cegah HFMD untuk dilekatkan di pintu masuk pasar raya selain berpesan supaya Econsave mengambil langkah berjaga termasuk menjaga kebersihan troli dan menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk.

“Tiada sebarang kenyataan dari KKM bahawa Econsave Cash n Carry Lahad Datu terlibat seperti dakwaan yang tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sejak 27 Julai sehingga hari ini, Masni berkata pihaknya melaksanakan pelbagai langkah pencegahan seperti disyorkan KKM iaitu membersihkan troli serta menyediakan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pelanggan.

“Terima kasih atas kerjasama penduduk Lahad Datu dan berharap tiada lagi penyebaran palsu berkaitan Econsave,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu, Dr Amirul Hisham Zainol menyarankan agar seluruh pasar raya di daerah ini turut menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk pasaraya. – BERNAMA​​​​​​

  • Lagi berita berkaitan:
  • HFMD

Kategori