Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Seleweng Pembahagian Tanah, GGF2...

PUTRAJAYA – Pertubuhan Gerak Generasi Kedua Felda Bukit Cherakah (GGF2) hari ini membuat...

Tentera Elit AS Serbu...

ATME, Syria – Apabila tentera Amerika Syarikat (AS) terbang melintasi bandar Atme di...

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar...

Siasatan Kanak-Kanak Hilang Sebagai...

KUCHING : Kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Bintawa di sini, sejak...

“Dapat Cebisan Perut Pun Sudah Bersyukur”

DAR ES SALAM – “Kami hanya makan sekali sehari. Terima kasih rakyat Malaysia.”

Itu yang diungkapkan Jameelah Salam salah seorang penduduk perkampungan Condo yang hanya menerima cebisan kulit perut dari sebuah lori di pusat agihan daging korban di Princess Gate School, Kunduchi di sini semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga hanya bergantung harap kepada sumber makanan tanaman pisang yang diusahakannya.

“Suami saya sudah lama lumpuh. Anak-anak tidak mampu ke sekolah.

“Saya hanya menjual pisang di pasar tepi jalan bagi menyara kehidupan sekeluarga.

“Dapat ini pun bersyukur,” katanya kepada wartawan Utusan Online yang mengikuti misi menyerahkan daging korban anjuran Ez Qurban di sini semalam.


Jameelah antara kumpulan wanita daif terpaksa berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai ke pusat agihan ini.

Dia mengetahui agihan ibadah korban ini daripada percakapan rakan-rakan kampung berhampiran dan sanggup menunggu seawal jam 12 tengah hari bagi mendapatkan sedikit bekalan daging korban.

“Ternyata saya mungkin orang yang terakhir mendapatkan peluang yang hanya hadir setahun sekali, jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori